Wednesday, December 21, 2011

wordless wednesday :)




Caption : Muke cam Hampehh semuanya :P

BLOOD IS THICKER THAN WATER RIGHT ? :'D
#ILAPPYOUU

P/S : AWKWARD BILA BLOG NI BISUU *Tssk

Tuesday, December 13, 2011

Bang Bang Boom la sangat kan ?


Hi korangg ! :) Okay , straight to the point - semalam ak kena Bang Bang Boom
oleh D . Cam baguss sangat je kan . Berikut adalah rentetan
peristiwa yang berlaku (setelah disunting oleh penyunting yakni ak )

HIM : D curang .. sejak minggu lepas lagi
[ wakheyy skema semacam beliau hantar msg harini ]

ME : Ouh..Semoga berbahagia hingga ke anak cucu, hope
lepas dapat cicit korang bercerai. KBye
[ berlagak redha sat waa malam tu ]

HIM: Maafkan D.. Sory..
[ skrip drama yang dituturkan oleh lelaki kasanova]

ME : Tak ah . taya sorysory . lagipun Kunalan dah menanti.
Tapela nak tido, ngatok. tataa. Kim salam kat Mrs-----
[ ayat perpisahan walaupun realitinya tengah pegang
kepala sambil hentakhentak kat dinding ]

HIM : Nak jumpa sox ley tak .. Wani nak bincang ngan S .

ME : Soryla, sox bz .
[ tgah pgg kotak tisu sambil lap hinguss *yuckss! ]

HIM: Sory ar.. D akan xplain semua ni. D baru je jumpa
wani , dea kawan D , cam BFF gitula . Dah 8tahun tak jumpa
, Minggu lepas baru jumpa balek . lost contact selama ni .
[ baca dengan hati yang beku ]

ME : And so ? I dont have to mix with this stupid things kott.
I dont need to know thats wani wano or even nano . If u think u can
dance make this thing as joke . You're wrongg ! Ill left
you with ur nano . KBye Sweetheart! :D
[ Ak lau dah EMOSI memang terkeluar ahh broken english camni *ceett , kaberkaber]

HIM :Ta maenmaen ni ! Janganla maenmaen camni .
[ Haiikk, Ak ke dea yang maenmaen sekarang ni ]

ME : So ? left me . As easy as ABC.Fullstop.

HIM : D na S jugak..

-------Si D tengah Call , and ak tengah watlek jee ----
#rasain loo.

HIM : Angkat jup..

----- Selepas beberapa ketika ----

#CONVERSATION THROUGH THE CELLPHONE

Akhirnya Si D mengaku kekonon nak buat BBB kat ak-
and fyi .. ak tak percaya pun yang dea betolbetol
curang -Err, okay TIPU ! Ak ada percayala siket.
Bukan men Si D gelak kekonon buat panggilan hangit la apela.
Haii macamacam budak sorang tu .
*sigh

Love can make you happy but often times it hurts,
but love is only special when you give it to who its worth

Monday, December 12, 2011

Confuse **



Hai korang , mula mula nak cakap takde mood sebab dapat bad news.
Ak sure semua orang dah tau pasal shoutmix berbayar since tahun depan kann ?
ye ye , ak jela yang terhegeh-hegeh baru tauu kann ?
[ maaf ! ak memang slow bab- bab cenggini ]
Okayy, satu hal pulak nak tukar shoutmix tu *stress japp* .

Since SPM yang dah berlalu ni kann tetiba ak disampuk
hantu . Dont worry sebab ak takan attack orang , Hantu ni
mengajar ak untuk memikirkan masa depan . #cam baguss *sigh
Hmm, for now ak cam terconfuse dengan cita-cita ak sendiri
, korang tau apa itu CITA-CITA ?
Cam matlamat dalam hidup korang - korang perlu struggle untuk
capai si "cita-cita" ni . korang kena ada plan.
Plan korang pulak bukan semudah nak pegi kedai Cik Joyah yang
terletak di depan rumah korang

TAPI

Macam nak ke Warung Cik Senah yang jual Mee Kari terbest
dalam kampung . Untuk sampai korang kena seberang sungai yang ada
banyak buaya darat liar . Kat sungai
tu pulak takde jambatan or jejantas sekalipun .
korang kena berenang kuak kupu-kupu sejauh 50m.
Setelah itu, korang kena lalu depan rumah tauke cina yang
memelihara 10 ekor anjing yang tidak dirantai malah dilepaskan
untuk berlari-lari anak secara membabi buta .
thrill kann ? Dah tu, belum habis laagi penderitaan korang,
korang kena lalu pulak depan rumah bujang
yang dihuni oleh beberapa lelaki bujang terlajak
yang akan memuncungkan mulut lantas mengeluarkan bunyi kurang enak
pffft#ak tak reti na type supaya bunyi itu dapat dihasilkan.

Setelah mengharungi semua tempat tu barulah korang sampai
kat kedai Cik Senah . Setelah mendapatkan Mee Kari terhebatt seantero
kampung , korang tersenyum kambing tanda berpuas hati .
Untuk pulang korang terpaksa melalui jalan yang sama
/sebijik cam jalan yang korang lalu untuk sampai ke Kedai Cik Senah tadii ?

Inilah gambaran untuk korang gapai cita-cita korang yang tinggi
menggunung . Kalau korang korang buat tak ?
Kalau ak..yes! ak akan buat . sebab lepas kita lalui semua
tu kita akan bersyukur dan hargai apa yang kita
dapat .

Semalam ak sempat chatting dengan Aina . Mula mula
tanya pendapat dia pasal peguam . #tetibe ak rase cam nak jadi peguam syariah .
RASA JELAH . Tapi , Aina cakap ak sesuai jadi lecturer .
Seriously memang cita-cita ak nak jadi lecturer since
darjah 4 lagi . Tapi ak cam blurr na pilih course bagai kann .
Nanti dapat result,baru nak fikir balek pasal semua ni .
For now, nak bersukaria, berjimba jimbo dulu . Yelah , nak keje pun tade
peluang lagi kan . At least ak boley practise jadi
surirumah HAHA .

Kla tu je ak sempat share dengan korang kay ?
For those yang ak belom follow back tu . tunggu dulu nanti ad masa
terluang ak akan BW kat blog korang :)

Patient is the key for success !

Thursday, December 8, 2011

Contest Awesome Blog Design ;D



Hai korangg ! Da breakfast dah ? okayy, harini tade entry laen
pun just melaksanakan taggie from imanina .

thanx yee dik sebab tag akak #cam tua sangatt HAHA

Mari-mari semua ! kite join contest ni .

korang just click sini kayy ?

ak tag :

Anisneesa
Farah